Senorita,
Kau bagai sepotong awan putih di angkasa
sedehana dan berhati suci seperti lilin menyala
manusia tak mampu menafikan wujud keindahanya
hingga aku terus terlena ingin hidup bersama
Senorita
Aku bukan penjajah yang cuba merosak tanah malaya
aku hanya anak merdeka yang berjuang demi cinta
dan aku tak perduli jika ditentang seribu dewa
kerna aku tak terima jika kau jatuh ketangan durjana
Senorita
Apakah kau mengerti apa kurasa
rasa yang memukau jiwa
jiwa yang terpaku dan terpana
terpana laksana hati khadijah bergetar ketika pandang pertama
Senorita
aku hanya insan biasa
yang cuba untuk sempurna
ku hanya ada sekeping hati
dan di dalamnya cinta bersemi
Senorita
Kau slalu ku ingati
seperti pelancong asing mengenang tanah air sendiri
aku senantiasa menanti
bagai rumput hijau merindui embun pagi
Senorita
Aku menemukan ke indahan tuhan pada wajahnya
kau telah merajai hati menawan aksara cinta
bawakan lah aku kabar gembira
hati putihmu yang aku damba
Senorita
Langsung tiada cacat cela nya
bagai orbit semesta luar angkasa
terbit di bumi membawa petanda
indah ciptaan-Nya tiada batasnya
YANG MAHA PENCIPTA...
Izinkan lah hari ini juga
aku mengisi hari harinya
menyemai cinta bersamanya
hingga dihujung waktu menutup mata.
Sampai akhir usia memisahkan aku dan senorIta..
Penulis blog adalah pencinta sastra. blog ini memuatkan berbagai jenis puisi untuk rujukan kita bersama..
Wednesday 28 September 2011
CINTA TAK SEMESTINYA MEMILIKI
Cinta tak semestinya Memiliki......
Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dgn menganggap bahwa cinta kita tak diterima, cinta itu tak pernah ditolak karena, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai. Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu. sebab, apa yang diberikan kerna cinta slalu datang pada hati kita disaat itu juga. kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerna menerima. tapi.. lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. keinginan itu lah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada.. jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu... jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu. keinginan memiliki mungkin tak kesampaian. Tapi... percayalah pada diri slalunya cinta yg kita berikan seadanya takan pernah bertepuk sebelah tangan..

Monday 26 September 2011
CIUMAN PERTAMA
Ciuman Pertama..
Itulah tegukan pertama dari cawan yang telah diisi
oleh para dewa dari air pancuran cinta.
Itulah batas antara kebimbangan yang menghiburkan
dan menyedihkan hati dengan takdir yang mengisinya
dengan kebahagiaan.
Itulah baris pembuka dari suatu puisi kehidupan ,
bab pertama dari suatu novel tentang manusia.
Itulah tali yang menghubungkan pengasingan masa lalu
dengan kejayaan masa depan.
Ciuman pertama..
menyatukan keheningan perasaan-perasaan dengan nyanyian- nyanyiannya.
Itulah satu kata yang diucapkan oleh sepasang bibir yang menyatukan hati sebagai
singgahsana, cinta sebagai raja, kesetiaan sebagai mahkota.
Itulah sentuhan lembut yang mengungkapkan bagaimana jari-jemari angin mencumbui mulut bunga mawar, mempesonakan desah nafas kenikmatan panjang dan rintihan manis nan lirih.
Itulah permulaan getaran-getaran yang memisahkan kekasih dari dunia ruang dan matra dan membawa mereka kepada ilham dan impian-impian.
Ia memadukan taman bunga berbentuk bintang-bintang dengan bunga buah delima, menyatukan dua aroma untuk melahirkan jiwa ketiga.
Jika pandangan pertama adalah seperti benih yang ditaburkan para dewa di ladang hati manusia, maka ciuman pertama mengungkapkan bunga pertama yang mekar pada ranting pohon cabang pertama kehidupan.
KEINDAHAN KATA
Jika keadilan ditegakan
keberanian tak di perlukan lagi.
Akal itu mentari yang menasihati
hati ialah raja yang menentukan
harta itu satu tamu yang akan berangkat
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.
suatu yang baik, belum tentu benar
suatu yang benar, belum tentu baik
suatu yang bagus, belum tentu berharga
suatu yang berharga, belum tentu bagus.
Jangan abaikan permintaan orang
jika tidak mahu permintaan kamu diabaikan.
jangan tertarik kepada seorang kerna parasnya
sebab keelokan paras dapat menyesatkan
jangan pula tertarik kepada kekayaan
kerna kekayaan dapat musnah
tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerna hanya senyum yang dapat membuat hari hari yang gelap menjadi cerah.
Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.
Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas, lelaki diuji dengan wanita.
Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam.
jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa.
jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup,
tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang disekeliling kamu tersenyum
jalanilah hidupmu sehinngga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang orang disekelilingmu menangis.
Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk dapat membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.
kata kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan,
manusia boleh membentuk beribu kata kata, beribu bahasa.
tapi kata kata bukan bukti agungnya perasaan.
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai buai diberenda bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah kata pun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap cakap lama dengannya.
Fikirkan tentang dirimu, jika satu bangsa tlah mula berfikir
tidak ada satu kekuatan yang boleh menghentikannya.
sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran, jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya, sudah pasti terkena asapnya.
Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam diatas batu hitam dimalam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
BALASAN PERKAHWINAN
Wahai SUAMI renungkanlah
Pernikah an atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Pernikah an atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Sebab,
Isteri mu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya

Pernika han atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redha ALLAH s.w.t
kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cu ma suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH.
Amin.
Wahai ISTERI pula renungkanlah
Pernikah an atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf

Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya
Per nikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..

Karena Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin.
Dari itu itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
ingatlah: Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan
Yusuf Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
PERKAHWINAN
SEKARANG, CINTA mulai menciptakan
puisi dalam prosa kehidupan,
untuk mencipta fikiran-fikiran masa lalu
menjadi nyanyian pujian agar bersenandung
siang hari dan menyanyi pada malam hari.
Sekarang, hasrat menyingkapkan tabir
keraguan dari kebingungan pada tahun-tahun
yang telah berlalu.
Dari rangkaian kesenangan,
ia menuju kebahagiaan yang hanya dapat
dilampaui dengan kebahagiaan jiwa
ketika ia memeluk tuannya.
Itulah dua peribadi kukuh yang berdiri berdampingan untuk mempertentangkan
cinta mereka dengan kedengkian dari
takdir yang lemah.
Itulah perpaduan anggur kuning
dengan anggur warna lembayung
untuk menghasilkan paduan keemasan,
warna
cakerawala saat fajar merekah.
Itulah pertentangan dua roh
untuk pertentangan dan kesatuan
dua jiwa dengan kesatuan.
Ia adalah curahan hujan jernih
dari langit murni ke dalam kesucian alam,
membangkitkan kekuatan-kekuatan
ladang yang penuh berkat.
Apabila pandangan pertama dari wajah
sang kekasih adalah seperti benih
yang ditaburkan oleh cinta
di ladang hati manusia
dan ciuman pertama dari dua bibir
adalah seperti bunga pertama cabang kehidupan,
maka perkahwinan adalah buah pertama
dari bunga pertama benih itu.
KEHIDUPAN
Engkau dibisikan bahwa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan
Kuwartakan padamu bahwa hidup adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta
Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.

WOOD DAN BINTANGKU TERRY
Jika kau dihadapkan pada dua perkara
Kau tidak tahu dimana salah dan benarnya
Hindarkan hawa hafsumu saja
ia hanya menghantar orang kepada siksa.
jika kau turuti permintaan nafsu
keharaman yang lain akan dia minta dari mu.
jika tidak pernah kau tahan permintaan hawa nafsu
ia kan minta yang membawamu celaka.
ketahuilah selamanya kau akan buta
ia kan perturutkan keinginan nafsumu saja.
Jika kau suka mendapatkan kepujian
terkabulnya cita cita dari rahmat rabbi
tinggalkan keinginan yang buruk ini
dia lah musuh yang lebih memusuhi
dia slalu meminta dan suka
meski pun telah banyak melakukan dosa
banyak yang buta akibat dia
tinggalkan saja dia, jika engkau ada hati..
kecemerlangan akal terhalang oleh hawa nafsu
sungguh menenukan kebenaran sejati
orang yang menggunakan akal untuk meneliti
dia melihat jika hawa dituruti
keburukan dan seksa pasti keminpa diri..
Jika kau ingin mendapat kebahagiaan
hawa nafsu janganlah kau perturutkan
tahanlah dia dari segala keinginan
takutlah akan tersesat jalan
tinggalkan segala rayuan
kemahuannya hanyalah kepada kejahatan
supaya engkau terjun keneraka
putuskan saja segala isyaratnya..
Kebaikannya adalah kezaliman
lezatnya penyesalan dan kedamaiannya tiada
pemiliknya bertambah sengsara
apalagi sewaktu meninggalkan nya
Larilah darinya, jangan kau mimpi keindahannya
dia nikmat dalam duka
Beramallah untuk syurga yang tidak ada batasnya
tidak takut mati ataupun tua..
AKU KEKURANGAN
Aku tak pernah berlari meninggalkanmu !
Melangkah menjauhi pun tak pernah terlintas
Melangkah menjauhi pun tak pernah terlintas
Aku masih ada
Aku masih disini
Aku masih disini
Namun sebait pun kini tak sempat lagi kubuat
Setiap hari kuhanya bisa berkata pada hati
Esok mungkin dapat kuluangkan waktu lagi
Walau dalam sebentuk senyuman kau dapat
Walau dalam sebentuk senyuman kau dapat
Nyatanya aku tak pernah sempat
Ragaku s’lalu saja terlebih dahulu penat
Sehingga asa dan rasa tak pernah sempat
Dapatkan satu waktu yang tepat
Ragaku s’lalu saja terlebih dahulu penat
Sehingga asa dan rasa tak pernah sempat
Dapatkan satu waktu yang tepat
Hingga sekali lagi di pagi ini
Kerinduan padamu kembali menjadi
Kerinduan padamu kembali menjadi
Semoga esok kau ada lagi disini
Atau adakah sampai raga ini letih dan mati
Apa yang dapat kuberikan....
Saat tak ada sesuatu yang dapat mengilhamkan
Ketika hati tak cukup untuk menginspirasikan perasaan
Letih aku mencuba terus berdiri hingga jiwa pasrah pada keadaan
Saat tak ada sesuatu yang dapat mengilhamkan
Ketika hati tak cukup untuk menginspirasikan perasaan
Letih aku mencuba terus berdiri hingga jiwa pasrah pada keadaan
......
SAHABAT
Mengapa Kau diam Sahabat?
"Aku Diam Karena aku tidak ingin bicara
Aku menikmaati suasana Damai
Karena Kedamaian dapat memberikan Ketenangan".
Tidak kah kau lihat mereka berbicara Sahabat?
Kenapa Kau memilh selalu diam
"Aku Bukan mereka, aku tidak suka banyak bicara
Itu menunjukan meraka tidak Mempunyai Makna"
Tidak Kah Kau Sakit atau Marah atas ulah mereka sahabat?
"Marah? kenapa harus marah.. aku hanya tertawa
Lihatlah mereka, Badut-badut panggung melakonkan drama
Itulah Gaya Mereka yang tak bijaksana"
Bukan kah diam tak menyelesakai Masalah Sahabat?
"Kamu salah, Diam menjawab dengan seribu bahasa
Apakah tidak kau lihat Mulut manis mereka bergula
Dengan kata-kata yang hanya sebuah bisa"
lalu apa yang akan kau lakukan sahabat?
"Aku hanya akan melihat dan terus tertawa
Melihat pot pet badut-badut panggung itu disana
tidak kah kau terhidur oleh meraka"
Kau betul sahabat ku yang sangat kucinta
Memang dengan banyak berbicara kita terlihat merana
Dengan diam kita Dapat memaknai yang ada
Kau memang sahabat ku yang bijaksana.

PERSAHABATAN
Dan jika berkata,
Berkatalah kepada aku tentang kebenaran persahabatan?
Sahabat adalah keperluan jiwa
yang mesti dipenuhi
Dialah ladang hati
yang kau cucuri dengan kasih
Dan kau nikmati dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pembakar semangatmu
Karena kau menghampirinya saat hati gersang kelaparan
dan mencarinya saat jiwa perlu kedamaian.
Bila dia bkata,
mengungkapkan pikirannya,
kau tiada takut membisikkan kata "tidak"
di kalbumu sendiri,
pun tiada kau menyembunyikan kata "ya".
Dan bila mana ia diam,
hatimu tiada kan henti mencoba merangkum bahasa hatinya;
karena tanpa ungkapan kata,
dalam rangkuman persahabatan,
segala pikiran, hasrat, dan keinginan,
terlahirkan bersama dengan sukacita yang bersih,
pun tiada terbilang.
kala berpisah dengan sahabat,
janganlah berduka;
Karena yang paling kaukasihi dalam dirinya,
mungkin lebih cemerlang dalam ketiadaannya,
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki,
nampak lebih agung daripada tanah datar dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan
kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Karena kasih yang masih menyisakan simpati
di luar jangkauan misterinya, bukanlah kasih
tetapi sebuah jala yang ditebarkan
hanya menangkap yang tiada diharapkan.
Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenal pula musim pasangmu.
apakah sahabat itu hingga kau senantiasa mencarinya,
untuk sekadar bersama dalam membunuh sang waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Karena dialah yang mengisi kekuranganmu,
bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan,
biarkanlah ada gurau tawa berbagi kebahagiaan.
Karena dalam titik-titik kecil embun pagi,
hati manusia menemukan fajar jati dan gairah segar kehidupan.

KAHLIL GIBRAN
Sayap sayap patah
Wahai Langit
Tanyakan pada-Nya
Mengapa dia menciptakan sekeping hati
Begitu rapuh dan mudah terluka
Saat dihadapkan duri duri cinta
Mengapa dia menciptakan rasa sayang dan rindu
Mengisi kekosongan di dalamnya
Menyisakan gelisah
Menimbulkan sekilang tanya
Menghimpun berjuta rasa
Meninggalkan kepedihan yg tak terkira
Mengapa dia menciptakan kegelisahan dalam relung jiwa
menghimpit
Menyesakkan dada
Tak berdaya melawan gejolak yang menerpa
Hati yang terjatuh dan terluka
Menoreh seribu duka
Kukepakkan sayap-sayap patahku
Mengikuti hembusan angin yang berlalu
Menanamkan rindu
Disudut hati yang beku
Dia retak, hancur bagai serpihan cermin
Bertaburan
Sebelum hilang diterpa angin
Kugapai kepingan disudut hati
Hanya bayangan yang kudapat
Tak sanggup kukepakkan lagi sayap ini
Ia tlah patah
Tertusuk duri duri yang tajam
Hanya dapat meratap
Merintih
Mencoba menggapai sebuah harapan.

GADIS BIASA
Ku ulang kisah tentang gadis biasa
cerita gadis biasa yang hampir sempurna
indah pesonanya tanpa henti kupuja dalam rahsia
sedalam dalam rasa karena jiwa ini telah dirasuk cinta
Ku ulangi kisah cinta yang kupuja tentang gadis biasa
seorang wanita yang tak dapat disentuh bagai cahaya
bagaikan sesebuah intan yang mampu membelah kaca
menikmati indah senyum nya laksana manusia purba
tak pecah kan retak hati sehingga kurun berganti masa
hingga sampai kurasa tak berarti
dan tak pantas dicintai
masih kisah gadis biasa
tak tersiratkan makna
sumbang jejak langkahku
hitam pekat jalan hidupku
kunikmati bisu berlalu
tinggi kau akan menjauh
rendah aku akan terbuang
akulah lelaki terhina duri diantara bunga menodai keindahannya
atau akukah insan terpilih duri yang menjaga mekar dan layunya
kucuba mencari arti
seiring garis hihupmu
sang waktu jadi penentu
takdir meraih mimpi
ku ulang kisah tentang gadis biasa
seindah mahkota
setinggi takhta
menakluk sukma
ingin ku berlari menuju singgahsana
dan bertitah.....
"kaulah gadis biasa yang istimewa dan sempurna"

Subscribe to:
Posts (Atom)