Monday 26 September 2011

KEINDAHAN KATA


Jika keadilan ditegakan
keberanian tak di perlukan lagi.

Akal itu mentari  yang menasihati 
hati ialah raja yang menentukan
harta itu satu tamu yang akan berangkat
kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

suatu yang baik, belum tentu benar
suatu yang benar, belum tentu baik
suatu yang bagus, belum tentu berharga
suatu yang berharga, belum tentu bagus.

Jangan abaikan permintaan orang 
jika tidak mahu permintaan kamu diabaikan.

jangan tertarik kepada seorang kerna parasnya 
sebab keelokan paras dapat menyesatkan
jangan pula tertarik kepada kekayaan
kerna kekayaan dapat musnah
tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum
kerna hanya senyum yang dapat membuat hari hari yang gelap menjadi cerah.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

 Apabila bicara itu perak, diam adalah emas.

Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas, lelaki diuji dengan wanita.

Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam.
jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa.
jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,
itu adalah mulia dan terpuji.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya
Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya
Dan hati mengatakan perempuan itu cantik  atas dasar akhlaknya.

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan  benih untuk mencapai keunggulan hidup,
tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.


Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang disekeliling kamu tersenyum
jalanilah hidupmu sehinngga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang orang disekelilingmu menangis.

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk dapat membuat kamu bahagia,
cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

kata kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan,
manusia boleh membentuk beribu kata kata, beribu bahasa.
tapi kata kata bukan bukti agungnya perasaan.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berbuai buai diberenda bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah kata pun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap cakap lama dengannya.

Fikirkan tentang dirimu, jika satu bangsa tlah mula berfikir
tidak ada satu kekuatan yang boleh menghentikannya.

sahabat yang tidak jujur  ibarat dapur yang berhampiran, jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya, sudah pasti terkena asapnya.

Keikhlasan itu umpama seekor  semut hitam diatas batu hitam dimalam yang amat kelam, ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

No comments:

Post a Comment